Wednesday, February 17, 2010

United All Mylife!!!


Selepas Piala Dunia 1998 di Perancis, satu dunia kenal Zidane, Ronaldo. Tapi 2 nama besar dalam sejarah Piala Dunia 1998 tu langsung tak menarik minat aku terhadap bola sepak dunia, sebaliknya aku lebih tertumpu pada pasukan England yang dibarisi nama-nama yang tidak kurang hebatnya seperti : Beckham, Owen, Scholes, Shearer dan sebagainya, walaupun kalah dua kali dalam pertandingan tersebut, cuba korang tengok gol-gol yang dihasilkan oleh England? cantikkan. Larian Owen dengan tubuh badan yang kecil bersahaja melepasi benteng Argentina yang dibarisi Roberto Ayala dan Javier Zanetti. Jadi, dari situlah pandangan aku mula mendongak ke arah England. Siapa tak kenal David Beckham? pakar freekick dalam era moden ni. Habis World Cup 1998, maka bermulalah minat aku terhadap Manchester United pada masa itu walaupun umur aku masa itu 7 tahun. Aku masih ingat pada masa itu United dibarisi pemain-pemain yang hebat belaka, Schmeichel, Stam, Johnsen, Irwin, G.Neville, Beckham, Keane, Giggs, Scholes dan United mempunyai 4 penyerang yang berbisa iaitu Andy Cole, Dwight Yorke, Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer. Musim 98/99 adalah musim yang begitu gemilang buat United kerana berjaya memenangi 3 piala dalam satu musim, FA Cup, Premierleague, Uefa Champions League. Last sekali, kalau korang nak tau, dulu Beckham kalau buat crossing tak pandang langsung striker yang ada kat depan gol tu.

so tulah ceritanya mcam mane aku bleh minat MU.....united all mylife!!!!

Starter Edition....

Salam dunia bagi semua...blog nih sajer2 di tulis sebab nak menghilangkan bosan dalam babak2 kehidupan nih....